“Kepimpinan berhemah memacu kecemerlangan”. Begitulah tema bagi Kem Kepimpinan Perdana Jawatankuasa Perwakilan Pelajar kali ke-4 yang yang telah diadakan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun Terengganu pada 8 hingga 11 Ogos 2008. Pada kem Perdana JPP kali ini, seramai 219 peserta dari seluruh Politeknik di Malaysia telah mengambil bahagian dalam Kem JPP Perdana kali yang ke-4 ini. Pada kali ini, Kem JPP Perdana berobjektifkan:
· Membina kumpulan pelajar Politeknik yang mempunyai semangat kepimpinanyang berkualiti demi mencapai kecemerlangan pemimpin di masa hadapan.
· Mencetuskan kepimpinan berhemah bagi memacu kecemerlangan JPP.
· Mengukuhkan integrasi nasional dalam kalangan Exco JPP daripada berbagai bangsa dan latarbelakang.
Dalam Kem Kepimpinan Perdana JPP pada kali ini, ia telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin sendiri iaitu Yang Berbahagia En Zolkarnain bin Jobshi. Pada hari pertama kem tersebut, iaitu 8 Ogos, para peserta kem mendaftar dan check in di bilik masing-masing. Semasa proses pendaftaran itu juga, para peserta telah diberikan satu kit amanah. Dalam kit tersebut, terdapat satu beg, 2 helai baju T, satu buku nota, sebatang pen, sehelai pelan lokasi, wisel serta satu helai kain tuala kecil. Pada pukul 9.15 malam yang sama, peserta telah diberi taklimat oleh Komanden Kem iaitu En. Mohd Khairuddin bin Abd Karim. Dalam taklimat beliau, beliau menegaskan beberapa peraturan yang mesti diikuti sepanjang kem tersebut berlangsung. Antaranya sentiasa membawa barang-barang amanah yang telah diberikan kepada peserta. Beliau juga menegaskan agar peserta sentiasa menepati masa yang telah diperuntukkan. Setelah selesai taklimat ringkas yang disampaikan oleh Kem Komanden, taklimat disiplin menyusul. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Abdul Latiff. Dalam taklimatnya, beliau telah menggariskan beberapa peraturan am yang mesti dipatuhi sepanjang kem tersebut berlangsung. Antara peraturan yang sangat beliau tekankan ialah:
· Peserta kem mesti berada di kawasan kampus PSMZA sepanjang kem tersebut berjalan
· Mengikuti segala arahan dan peraturan kem
· Peraturan keselamatan perlulah dipatuhi untuk menggelakkan berlakunya kemalangan.
Setelah selesai semua taklimat dan pembahagian kumpulan, para peserta telah pergi ke kafeteria untuk minum malam dan peserta kem diminta berkumpul semula di depa kafeteria untuk mendengar taklimat ringkas dan membuat sedikit pemeriksaan mengejut untuk memastikan tiada barang-barang yang tidak dikehendaki disimpan oleh peserta. Aktiviti tamat pada hari pertama tepat pada jam 12 tengah malam.
Pada hari berikutnya iaitu 9 Ogos, program dimulakan dengan solat subuh serta kuliah moral yang bertempat di Pusat Islam dan Dewan Kuliah Utama. Setelah selesai solat subuh, taskirah pagi telah disampaikan oleh Tn Haji Mohd Asri b. Sarbun dan bagi kuliah moral pula telah disampaikan oleh En. Khairul Amin bin Barkawi. Setelah selesai taskirah pagi dan kuliah moral, para peserta berkumpul di Pusat Sukan untuk aktiviti senaman pagi dan diselia oleh En. Baharuddin B. Mustapha serta diikuti sarapan pagi. Pada pukul 9 pagi, semua peserta berkumpul di Dewan Kuliah Utama untuk meneruskan aktiviti selanjutnya iaitu Ceramah Perdana yang telah disampaikan oleh Tn Haji Abdul Jalil Bin Limat. Dalam ceramahnya, beliau telah menekankan aspek kepimpinan bersesuaian dengan tajuk ceramah yang telah beliau sampaikan. “Dalam proses kepimpinan, kita haruslah mengetahui apa itu definisi sebenar bagi kepimpinan supaya kita dapat memimpin orang lain dan jangan lupa juga kita perlu juga memimpin diri kita supaya tiada sebarang ketidakadilan dalam masa proses kepimpinan itu sendiri,” Tn Haji Abdul Jalil Bin Limat. Setelah tamat sesi ceramah yang telah disampaikan oleh Tn Haji Abdul Jalil Bin Limat, para peserta telah mengalas perut mereka dengan minum pagi. Pada pukul 10.45 pagi, peserta telah dipecahkan kepada kumpulan masing-masing untuk menjalankan aktiviti LDK 1. Dalam LDK 1, peserta telah diminta untuk berkenalan antara satu sama lain dan seterusnya telah diminta untuk menyambungkan 9 titik supaya bercantum dengan syarat hanga tiga garisan tanpa mengangkat pen tersebut. Selain daripada itu juga, fasilitator meminta untuk menyelesaikan satu permasalahan. Semua LDK 1 itu sebenarnya menguji minda para peserta dan ia juga telah menguji setakat mana JPP bersatu dalam menyelesaikan satu permasalahan yang telah diberikan. LDK 1 satu tamat dalam pukul 12.30. Setelah selesai makan tengah hari serta solat zohor, peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan besar yang terdiri dari kumpulan 2 hingga 10 serta kumpulan 11 hingga 20 dan kumpulan besar tersebut diberikan nama Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A diminta untuk menjalankan aktiviti “up sailing” serta Kumpulan B menjalankan aktviti “wall climbing” setelah selesai aktiviti tersebut, Kumpulan A dan B bertukar aktiviti sehingga aktiviti selesai dalam jam 6.00 petang. Dalam jam 9.00 malam, para peserta berkumpul semula bersama dengan ahli kumpulan masing-masing setelah selesai makan malam serta solat maghrib, solat isyak, tazkirah serta kuliah moral. Dalam LDK 2 ini, para peserta telah diberikan satu tugasan yang menyuruh para peserta untuk berfikir 5 program dan membuat satu rangka kerja bagi setiap 5 program tersebut. Para peserta juga telah diberikan beberapa syarat dalam menentukan rangka kerja tersebut. Antaranya, buget yang diperuntukkan bagi 5 program tersebut ialah RM 50,000.00 sahaja, program tersebut mesti dijalankan selama 2 bulan serta program tersebut perlu melibatkan semua penduduk kampung JPP Harapan. Setelah rangka kerja sudah siap, para peserta membentangkan hasil kerja mereka dan para peserta lain bebas untuk menanyakan soalan. LDK 2 tamat pada jam 11.40. Pada Malam kedua itu, sekali lagi para peserta diminta untuk berkumpul di Dewan Kuliah Utama untuk melantik AJK bagi pelajar yang baru. Pemilihan AJK baru tersebut mengakhiri aktiviti pada hari itu.
Pada hari ke-3 Kem Kepimpinan JPP Perdana ke-4 iaitu 10 Ogos seperti biasa dimulakan dengan solat subuh, tazkirah pagi serta kuliah pagi yang bertempat di Pusat Islam dan Dewan Kuliah Utama. Senaman pagi serta sarapan seperti biasa menyusul pada pagi tersebut. Setelah selesai sarapan, para peserta bersedia untuk menempuhi aktiviti seterusnya iaitu aktiviti “Jungle Tracking” dan aktiviti “Canoeing”. Seperti biasa para peserta dibahagikan kepada kumpulan besar A dan B. Lokasi aktiviti tersebut teletak di Bukit Besi, Dungun Terengganu yang mengambil masa satu jam perjalanan dari PMSZA. Sesampainya para peserta di lokasi aktiviti, sedikit taklimat telah diberikan oleh jurulatih yang bertugas mengenai pantang larang dalam aktiviti tersebut serta peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua peserta. Sebelum memulakan aktiviti, para peserta telah membuat senaman ringan bagi memanaskan badan. Kumpulan A dipilih untuk melakukan aktiviti “Jungle Tracking” terlebih dahulu dan Kumpulan B pula melakukan aktiviti “Canoeing”. Aktiviti “Jungle Tracking” dilakukan selama satu jam setenggah dan melalui track yang berbukit yang curam dan licin. Ramai peserta yang cedera ringan semasa “Jungle Tracking” sedang dijalankan. Aktiviti “Canoeing” pula ialah aktiviti seakan aktiviti kayak yang dijalankan di tasik Bukit Besi tersebut. Dalam aktiviti “canoeing” pula, para peserta perlu memakai jaket keselamatan dan sebelum menjalankan aktiviti, para peserta melakukan water confident dimana ia dilakukan untuk menguji jaket keselamatan serta tips menggunakan jaket tersebut. Setelah water confident peserta mencari pasangan serta mengambil peralatan. Setelah siap semua peralatan, peserta diminta untuk mengelilingi satu pulau dan berpusing hingga ke garisan permulaan. Kedua-kedua aktiviti tersebut tamat pada jam 1.30 petang. Pada pukul 2 petang, peserta seperti biasa berkumpul di Dewan Kuliah Utama untuk diberikan sedikit taklimat tentang aktiviti seterusnya iaitu sidang pleno. Setelah taklimat itu selesai, para peserta telah dipecahkan kepada gabungan kumpulan daripada kumpulan 2 hingga 20 untuk mengadakan satu perbincangan dengan satu tajuk tema Kem Kepimpinan JPP perdana kali yang ke-4 iaitu “Kepimpinan Berhemah Memacu Kecermelangan”. Perbincangan tersebut memberikan tindakbalas yang menggalakkan dalam kalangan peserta. Aktiviti sidang pleno tamat pada jam 4.15 dan diteruskan dengan minum petang. Setelah selesai minum petang, Yang DiPertua (YDP) JPP dari semua Politeknik Malaysia berkumpul untuk mengadakan pra-forum sebelum mengadakan forum sebenar pada sebelah malamnya. Peserta lainnya pula, seperti biasa menjalankan aktiviti riadah. Aktiviti riadah dan pra-forum tamat pada jam 6.00 petang. Seperti biasa peserta berkumpul pada jam 9 malam setelah habis solat berjemaah maghrib dan isyak serta tazkirah dan kuliah moral di Dewan Kuliah Utama. Pada malam tersebut Forum Yang Dipertua JPP dijalankan.

Laporan Oleh : Mohd Sulfri Mohd Harris
Jurufoto Oleh : Izzati Binti Zolpata